... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
"Ibu ini surat apa?"tanya ku
"Ini surat tawaran ke asrama penuh" balas ibu
"Ibu siapa yang nak masuk asrama penuh? Setahu Sofea, abang man dah kerja kat syarikat papa, abang azri pulak di Korea tengah study, and then abang ash baru lepas abis SPM tinggal tunggu result SPM. Habis siapa yang nak pergi asrama penuh?" aku kehairanan
"Sofea la yang nak masuk asrama penuh, Sofea je kan yang tinggal kat rumah ini yang belum habis sekolah" jawab ibu
"Ibu, Sofea kan baru lepas operation and tak habis lagi honeymoon PMR, dah nak masuk asrama. Habis siapa nak teman ibu kat rumah. Papa itu asyik sibuk je kat ofis memanjang. Abang Ash pulak macam chipmore je, kejap ada, kejap tak ada"pintasku
"Ibu tak apa-apa kalau duduk kat rumah sorang-sorang. Ibu risaukan Sofea je. Ibu rasa aman dan hati ibu ini tenteram bila Sofea duduk asrama, sebab Sofea ini bukan pun melekat kat rumah. sibuk je dengan hoki dan bola tampar. Tiap-tiap petang mesti pergi stadium sukan dengan Cikgu Fitri. Ibu nak bersembang un tak ada masa dengan Sofea, lepas itu cakap alasan itu ini itu ini. Jelouse tau ibu"keluh ibu
Aku tersengih, betul jugak apa yang ibu cakap. Aku ini bukannya melekat pun kat rumah. maklumlah kalau sehari tak pegang kayu hoki tak sah hidup aku.
"Sofea, ibu tanya ini. Sofea nak tak masuk asrama" suara ibu mematikan lamunan ku.
"Kalau Sofea cakap tak nak, ibu nak cakap apa?"jawab ku
"Sofea nak pergi ke, ta nak ke itu bukan masalah ibu. Ibu nak Sofea pergi juga. Kalau Sofea sayang ibu. Ibu nak Sofea pergi sekolah asrama penuh."tegas ibu.
Ala situasi macam ini lah aku tak boleh blah, macam mana ini. Kalau bab sayang-sayang ibu ini aku lemah sikit. Kalau difikirkan balek tentang sekolah asrama penuh dengan keidupan aku. Aku rasa patut aku masuk asrama penuh. Ibu dah lah ada darah tinggi kalau aku bangkang cadangan ibu, darah tinggi ibu akan meningkat tinggi.
"Ibu, Sofea nak keluar pergi stadium dengan Cikgu Fitri. Dah lambat ini. Nantilah Sofea fikirkan hal itu. Sofea keluar dulu bu.." balasku sambil mengambil kayu hoki lalu keluar rumah.
"Ya Allah, Ya Tuhanku, bantulah anakku untuk membuat keputusan yang betul"doa ibu
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
No comments:
Post a Comment